Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan
setinggi penghargaan dan tahniah kepada Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur (Kuala
Lumpur Vegetable Wholesalers Association) sempena dengan perasmian Bangunan Persatuan dan
pelancaran "Internet Homepage" serta sambutan ulang tahun ke 30 persatuan pada
tahun ini.
Kewujudan Persatuan ini sejak 30 tahun yang lalu telah
memberi sumbangan yang sangat bermakna kepada perkembangan dan kemajuan industri
sayur-sayuran di Kuala Lumpur khasnya dan negara amnya. Dengan adanya bangunan sendiri,
saya pasti ianya akan menjadi pendorong kepada semua ahli untuk terus memberi khidmat
khususnya membantu kerajaan untuk membangunkan lagi industri sayur-sayuran berkembang
dengan lebih pesat lagi di masa akan datang. Kejayaan mengadakan bangunan ini, hasil
daripada derma para ahli setiap tahun, menunjukkan perpaduan ahli-ahli dan ini perlu
diteruskan.
Penerbitan Buku Cenderamata dan Homepage untuk Persatuan amat
berguna kepada ahli-ahli dan peniaga-peniaga dalam dan luar 'negara untuk mendapat
maklumat terbaru serta mengadakan perniagaan dua hala.
Selamat menyambut Ulang Tahun Ke-30 Persatuan dan Selamat
Maju Jaya.
(DATUK AMAR DR. SULAIMAN BIN HAJI DAUD)