KATA-KATA ALUAN
Datuk Bandar Kuala Lumpur


Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada "Kuala Lumpur Vegetable Wholesalers' Association" kerana memberi penghormatan kepada saya menyampaikan kata-kata aluan di dalam buku cenderamata sempena Sambutan Ulang Tahun Persatuan Ke 30, pembukaan rasmi bangunan Persatuan dan Pelancaran Laman Web Persatuan.

Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Persatuan atas kejayaan yang telah dicapai selama ini di mana hasil dari kesungguhan dan kegigihannya bukan sahaja telah dapat memberi perkhidmatan kepada ahli-ahli malah telah berjaya mengadakan bangunannya sendiri. Di samping itu, kejayaan mewujudkan Laman Web Persatuan juga perlu dipuji kerana dengan adanya Laman Web ini menunjukkan bahawa Persatuan telah melangkah ke hadapan dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatannya.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Persatuan Yang Ke 30 dan berharap "Kuala Lumpur Vegetable Wholesalers' Association ini akan terus berjaya di masa-masa akan datang. Saya juga berharap agar Persatuan akan terus memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan Bandaraya Kuala Lumpur.

( TAN SRI DATO' KAMARUZZAMAN BIN SHARIFF )
Datuk Bandar Kuala Lumpur.

 

 
 
 
Copyright © 2010 asiaEP Bhd. All Rights Reserved