KATA-KATA ALUAN
OLEH KETUA PENGARAH FAMA
Sempena Ulang Tahun Persatuan Ke 30 serta Pembukaan Rasminya
Bangunan Persatuan Dan Pelancaran " Internet Homepage " Persatuan
KUALA LUMPUR VEGETABLE WHOLESALERS' ASSOCIATION

 

Sukacita saya mengucapkan tahniah dan selama menyambut ulang tahun yang ke 30 kepada Kuala Lumpur Vegetable Wholesalers' Association dan mengucapkan syabas di atas pembukaan rasmi bangunan Persatuan dan pelancaran "Internet Homepage" Persatuan. Pemasaran adalah di antara bidang yang memainkan peranan penting di dalam pembangunan industri sayur-sayuran dan buah-buahan di Malaysia. Adalah menjadi penting bahawa pemasaran sayur-sayuran sentiasa cekap dan berkesan supaya dapat memberi manfaat kepada petani, penjual dan pengguna. Dalam hal ini, saya berharap Kuala Lumpur Vegatable Wholesalers' Association yang mempunyai pengaruh secara langsung di dalam pemasaran sayur-sayuran dapat memainkan peranan ke arah matlamah tersebut. Saya percaya persefahaman dan kerjasama yang terjalin dengan pembekal khususnya petani atau pengeluar sayur-sayuran tempatan dapat dikekal dan dipertingkatkan. Saya penuh berkeyakinan bahawa Kuala Lumpur Vegetable Wholesalers' Association dan lain-lain persatuan seumpamanya di Malaysia dapat terus maju di masa akan datang dalam usaha pemasaran sayur-sayuran.

Sekian, terima kasih.

( ABI MUSA ASA' ARI BIN MOHAMED NOR )
Ketua Pengarah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

 

 
 
 
Copyright © 2010 asiaEP Bhd. All Rights Reserved